Thursday 29 July 2010




Gratisan Musik

SwEeT mEmOrIeS




pandanglah laut airnya cantek membiru dan penuh ketenagan,
tapi hanya ALLAH yang tahu rahsia didalamnya.
begitulah dengan kehidupan manusia yang riang ketawa,
hanya ALLAH tahu rahsia kehidupannya.

jika rasa kecewa,
pandanglah sungai.
airnya mengalir biarpunn berjuta batu menghalang,

jika rasa sedih,
pandanglah langit
kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa ada.

begitu la kehidupan sebuah sahabat,..
penuh suka dan duga..
tangis dan tawe,
gurau dan senda.

hidup ini susah kita nak duga,
kadang-kadang kita rasa dekat dengan seseorang,
tapi sebenarnya kita jauh.
walaupun kita dapat gengam tangan nye tapi kita tak mampu selami hatinya.

mungkin kadang-kadangkita dapat lihat ia ketawa,tapi kita xtahu ape makna disebalik senyumannya.bile dia menangis kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya,walhal kehadiran kita x langsung disenagi.
rencah dunia kita x tahu sape lawan shingga lah sampai ke satu tahap kita jatuh..

adakah tangan itu menghulurkan bantuan atau kita yang ditinggalkan..:)

JiKa aKu JaTuH CiNTa



Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak
terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih
dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin….

SeDaLaM cInTaKu...




Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. maka,warna langit sama dengan warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.
Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.
Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

sebuah cinta






jika aku ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, aku harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanku. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika aku ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, aku harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika aku terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

aku tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau aku tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, aku mesti bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa
yang aku hormati dalam diri mereka?”.