Wednesday 4 June 2014

Kerana Sayang Saya Tegur...

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum..

Idea bersarang,idea mencurah-curah,kerja pun saya ketepikan sekejap.Straight to the point! Kerana Sayang? Yes! Kerana Sayang Kami Menegur. 
["Tak payah nak tegur bagai lah,Macam lah PERFECT sangat,Kubur asing-asing,Aku tak mintak teguran kau!!]
Tetttttt  ....Tak kan nak tunggu jadi Perfect baru nak tegur. Kamon sayang-sayang sekalian,memang tak ada istilah "Sempurna" dalam diri manusia.Kalut apa??
"Manusia nie memang sifatnya tak sempurna,pelupa,lalai,kurang bersyukur dan etc: "
Aku pun hairan lah,kenapa lah manusia ni bila ditegur mula lah melenting dan mengutuk sedangkan apa yang ditegur mungkin untuk kebaikan.Kenapa sukar untuk menerima teguran?Cuba lah berlapang dada + Muhasabah diri.Dan ingat lah kita ni pun bukan sempurna.Itu je!
 Ini Tidak!..bila ditegur mula lah berkechil hati,Mula lah bersikap dingin.. HOKaLOH..Mesti ada yang berkata, "Alaaaa....kau tak kene memang la boleh cakap".. Sebab pernah merasa lah aku berani tegur,even susah nak terima, kene juga terima dengan hati yang terbuka.

Chill la kawan,Ikutkan Terasa,mungkin Allah lagi banyak terasa dengan kita sebab perilaku kita yang teruk.. Tapi ALLAH  masih lagi nak bagi peringatan pada kita supaya kita sedar dan masih bagi pelbagai nikmat..bersyukur lah..

Maaf!! apa yang saya tulis ni bukan bermakna saya sempurna,tegurlah saya tatkala saya juga turut hanyut dalam dunia..

Waallahualam...


Tuesday 3 June 2014

I'm Getting Married!!

Helloo..Assalamualaikum

Ini sebenarnya super excited okey!.Apa yang bakal di cerita oleh Bakal Pengantin adalah keterujaan semata-mata.Berani betul bakal pengantin tulis dalam blog ni.Dan sekiranya Allah tidak mengizinkan bakal pengantin ini pun semua ketentuan Allah.Kita mampu merancang dan selebihnya Allah yang menentuakn.( Jauhkan lah dari tak jadi kahwin)

Bersabarlah duhai hati,Mujahadah itu memang pahit,kerana Syurga itu Manis

Tiada siapa boleh menidakkan bahawa Jodoh itu Rahsia Allah..Sekuat mana kita setia,Sehebat mana kita merancang,Selama mana kita menunggu,Sekeras mana kita bersabar,Sejujur mana kita menerima kekasih kita,Selama mana kita bertahan selamanya dan Jika ALLAH tidak menulis jodoh kita bersama dia percaya lah ada yang lebih baik Allah aturkan.

kadang-kadang yang engkau nilai baik untuk kau belum tentu baik untuk ALLAH

 http://www.flickr.com/asphotosense
http://www.facebook.com/AmirSaniPhoto


Tak sangka hoi,dah sampai tengok gambar pre-wedding sendiri.Asyik-asyik berangan photoshoot dengan bakal suami.cehh  T_T. Mulanya kami tak rancang pun buat pre-wedding ni,lagi lagi bakal suami hamboi bukan main berkeras tak mahu buat pre-wedding.Dengan kepakaran yang ada untuk memujuk tunang aku ni,maka misi ber pre-wedding pon berjaya lah dengan alasan "saya nak buat banting/baner time kawin lah sayang". ehh, best juga ada pre-wedding bagai ni.baru lah dua-dua gelabah dan sedar diri sikit lagi 3 bulan lebih lagi dah nak kahwin..yeahhhh....

okey,entry seterusnya akan di tulis selepas gambar-gambar pre-wedding siap..okey bye!